.my forever.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 10, 2011

INTRODUCE TO YOU ALL, MY LOVE

NOR FARHARNA HIDAYAH BINTI ZAINUDDIN(BABY)

AKAN B JAGA BABY DENGAN SEPENUH JIWA DAN RAGA B, HINGGA KE AKHIR HAYAT B, INSYAALLAH..
salam semua.. ini adalah cinta hati saya,NOR FARHARNA HIDAYAH ZAINUDDIN insyaallah, akan aku jadikan dia yang halal bagiku. insyaallah, may god bless my relationship. aku mula tertarik dan mengenalinya pada tahun 2006, iaitu semasa aku tingkatan 4.. kami sama sama belajar di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' AHMAD MAHER.. takdir telah menemukan kami di satu kelas.. alhamdulillah, aku amat tertarik pada perwatakannya yang amat suka ketawa dan membuat orang ketawa.. sesungguhnya, dia seorang yg 'happy go lucky'..
selepas aku ditukarkan ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 2, aku telah melamar beliau untuk menjadi permaisuri dihatiku yg hina dan kotor ini.. namun, lamaranku ditolak dengan baik, kerana beliau pada ketika itu masih menjadi milik orang..
kami seterusnya hanya berkawan, tetapi, kami amat rapat, selalu menghantar pesanan pesanan melalui khidmat pesanan ringkas(SMS),
namun, memang benar kata pepatah, 'kalau dah jodoh, takkan kemana'..
selepas tamat SIJIL PELAJARAN MENENGAH(SPM), aku sekali lagi melamar beliau setelah diriku mengetahui yang hati beliau sudah tidak dimiliki oleh sesiapa lagi..
ALHAMDULILLAH, lamaranku diterima olehnya pada tanggal 23/05/2008..
syukur pada ALLAH S.W.T. kerana jodohku ini berkekalan hingga ke hari ini..
hari ini, genaplah hubungan kami selama 2 tahun, 7 bulan, 2 minggu dan 4 hari..
ALHAMDULILLAH, syukur pada ALLAH S.W.T. kerana aku dapat memiliki seorang gadis yang amat memahami, menyokong setiap apa jua yang aku lakukan, selalu memberi bimbingan dan dorongan kepadaku, bertanggungjawab, memahami diriku yg hina ini, dan selalu membimbing diriku ini ke jalan yg betul..
aku juga amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana menganugerahkan aku seorang gadis yg secantik dirinya, berbanding diriku yang tidak seberapa ini..
harapanku agar aku dipanjangkan umur, agar aku dapat meneruskan hidupku bersama sama orang yang aku amat sayangi dan cintai ini..
aku juga mendoakan agar 'baby' sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T. dan diberi tubuh badan yang sihat sentiasa, aku juga berdoa agar 'baby' berjaya dalam setiap apa perkara yang 'baby ' lakukan..
b akan sentiasa menyokong apa jua yang 'baby' lakukan..
b juga akan memastikan yang 'baby' akan bahagia, tidak kira dengan apa cara sekalipun..
insyaallah, akan ku bina mahligai indah bersama 'baby', ammin..
'b will always love u dear, till my last breath'

230508~love~eternity~

No comments:

Post a Comment